Tuesday, 9 June 2015

vanilla chiffon cake in d house



Syukur alhamdulillah...masih diberi kesempatan utk meng...update blog.
entry kali ni, just a simple vanilla chiffon cake utk family. resepi dr mr google, lupa pulak nk save tuan punye blog, anyway rasa kek nie memang tidak menghampakan , sgt gebu..sesuai dihidang bersama secawan teh..

Jom intai resepi ...

 *panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, api atas dan bawah
sediakan loyang chiffon bersaiz 8" (loyang tidak perlu digris)*

Bahagian A
5 biji kuning telur
20 gm gula kastor
85 gm air + 1 st esen vanila
70 gm minyak jagung
125 gm tepung naik sendiri

Bahagian B
5 biji putih telur
90 gm gula kastor
1/2 st cream of tartar

Mulakan dengan bahagian A dahulu, satukan kuning telur dan gula, whisk adunan hingga ringan, kemudian masukkan minyak kacau rata diikuti campuran air dan esen vanilla tadi..
ayakkan tepung ke dalam adunan, kacau hingga sebati dan licin.ketepikan


Dalam mangkuk lain, pukul putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih...masukkan gula kastor sedikit-sedikit hingga habis.
teruskan memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan jadi kental.

Ambil 1/3 bahagian putih telur, kaup balik ke dalam adunan kuning telur hingga rata.
masukkan kesemua adunan putih telur tadi dan kaup balik hingga sempurna.



Tuang adunan ke dalam loyang , hentakkan sedikit untuk keluarkan gelembung udara..bakar selama 40- 50 minit @ hingga masak.
setelah kek masak, terus keluarkan dari oven, terbalikkan loyang...
Biarkan sejuk, baru keluarkan dari loyang...
Kek sedia dihidang...tadaaa

okess..selamat mencuba..











Monday, 22 December 2014

HOMEMADE PIZZA



Pizza Oh Pizza

Assalamualaikum... 
Bagi peminat tegar si roti berlauk nie, agak2  nak jimatkan budget bulanan tu,better buat sendiri je..
Bagi yg x brpe rajin tu,pandai2 la yea. Nak senang beli je..buat sendiri ni best. Nak letak ape pun topping xde org nk marah. Suka Hati kite lerr kan... 
Lagi satu boleh letak cheese byk2...baru nmpk menyelerakan. 





Jom tengok resepi. Resepi asal kalau x silap intai kat myresepi, tp lupe dah dr sape..
Resepi doh roti sy dah adjust sikit,yg sos untuk topping totally sy x ikut... Sbb resepi asal sos tu lbh kurang mcm sos spaghetti.. X brpe ngam dgn selera sy..

Balan- bahan utk doh
200 gm tepung gandum (sy guna tepung tinggi protein)
1/2  st baking powder
1/4 st garam
1 st yis+ 1/3  st tepung gandum, 1/2 st gula.   ( larutkan dlm air suam2  kuku hingga yis berbuih anggaran 5 min)
1 sb gula kastor
1 sb susu tepung
3/4 cwn air suam( bancuh terus adunan yis)
1/2  cwn minyak zaitun ( sy guna minyak jagung)

Satukan semua bhn2  kecuali minyak, uli sambil masukkan minyak sikit2  hingga adunan menjadi doh yg elastik.
Bab nie mmg agak penat.. Agak2 doh kurang melekat di tgn..
Tutup doh dgn kain atau plastic wrap.
Perap selama 40-1 jam @ hingga doh naik 2  kali ganda.. ( pastikan doh di tmpt yg agak panas)
Bile dh naik elok tu,tumbuk- tumbukkan doh utk keluarkan angin, uli sekejap
Boleh canaikan ikut saiz yg dikehendaki ( sy bentuk kan terus dlm loyang)
Biar naik sekejap,then letak sos dan topping..

Untuk sos
2  sb sos tomato
2 sb sos cili
Campurkan, ratakan atas doh roti yea

Bhn2 topping terpulang nk letak ape ( sy punye ni just letak bwg Holland, sliced mushrooms, daging ayam  cincang ( masak dahulu),  nenas dlm tin
Taburkan mozzarella cheese dan parmesan cheese ( parmesan x letak pun xpe)  yg wajib mozzarella yea..
Panaskan oven dahulu suhu 180 -200.degree selama 10  min.. Baru masukkan pizza.. Bakar 10-15 min @ hingga doh roti keperangan.. Bila masak terus keluarkan.. Potong masa panas2
Jgn terus ngap, melecur Kang mulut tuh

Ok... Rasanya dah habis citer.. Ade yg kurang @ x pasti blh tanya kite yea..
Selamat mencuba..

Saturday, 20 December 2014

BEE HIVES BUN @ ROTI SARANG LEBAH

www.facebook.com/wanmaz7074@yahoo.com



 ROTI SARANG LEBAH
share resepi @jintanmanis.blogsport


BAHAN-BAHAN

300 gm tepung roti/ high protin/superfine
200 gm tepung gandum
2 sb susu tepung
2 sb madu
1 biji telur-dipukul sedikit dengan garpu (tinggalkan sedikit untuk gliss atas permukaan roti) 
250 mls susu segar
6 gm yis
40 gm gula kastor
40 gm marjerin
1 st baking powder
2 sb plain yogurt

* sediakan yis
     1/3 cwn air suam, 1/3 st tepung gandum, 1/2 st gula dan yis- campurkan semua, kacau sedikit biarkan selama 5 min @ sehingga yis berbuih.

CARA-CARA
1. masukkan semua bahan , uli dengan tangan hingga doh
tidak melekat di tangan.
2. setelah menjadi doh, masukkan doh ke dalam plastik yang        
bersih   ramas2 beberapa minit ( 8-10 min), keluarkan dan uli    semula dalam bekas adunan.
3. tutup doh dengan plastik wrap @ kain bersih, biarkan naik 2 kali ganda ( 40 - 1 jam)
4. setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin, uli sedikit dan bentukkan bulat-bulat...( bahagikan doh kepada 12 hingga 16 bahagian), susun di dalam loyang agak renggang kerana doh akan mengembang..biarkan naik 2 kali ganda.
5. panaskan oven 180-200 deg celcius, api atas dan bawah selama 15 min..
6. sapukan egg wash(sedikit telur yg tinggal campurkan dengan susu cair) ke atas roti, taburkan kekacang dan sapu sekali lagi dengan egg wash( untuk lekatkan kekacang)
7. bila oven betul2 panas, tukarkan api bawah masukkan roti dan bakar selama 15min (10 min pertama api bawah sahaja , 5 min kemudian api atas dan bawah) @ hingga permukaan atas roti keperangan.
8. bila masak terus keluarkan dari oven...sapukan marjerin(untuk mengilatkan roti)
sejukkan suhu bilik, keluarkan dari loyang...sedia untuk dihidang.

SOS BUTTERSCOTH
1/2 cawan gula perang 
1/2 cawan diary whipp cream
25 gm butter
1 st esen vanila
cairkan butter, masukkan gula perang hingga larut...kemudian masukkan esen vanila dan whipp cream, kacau hingga pekat..sedia untuk diguna. 

 


 


Wednesday, 12 November 2014


CHEDDAR CHEESE BUN
8 Nov 2014
Masih dalam tempoh berpantang...
berpantang makan..huhuu, x sampai seminggu berat badan rasanya dah susut sikit.
ok la tuu kan, nak berdiet bagai memang bukan dalam kategori tu kot. so time mcm nie la bdn nk slim sikit.

actually teringin nak makan cheese muffin, memandangkan keadaan x mengizinkan buat bun pun jadi la.
resepi ni cari dalam google..tapi x ingat dr blog mana..nampak sedap, so copy je la..ade masa boleh try..
Jom tengok hasil keje yang x seberapa nih


RESEPI :

500 gm tepung roti @ tepung gandum
25 gm susu tepung  (saya guna full cream milk)
75 gm gula (double kan...ikut resepi agak tawar)
10 gm yis..saya letak sepeket mauripan
1 st bread softener(yg ni saya gantikan dengan water roux)
1 biji telur
1/2 st garam
250 mls air
75 gm butter
cheddar cheese parut utk tabur atas bun

CARA-CARA
  1. larutkan yis dalam air, biarkan hingga berbuih.
  2. satukan bahan2 lain kecuali cheddar cheese, uli hingga menjadi doh( doh ni agak lembik dan melekat kt tgn)..
  3. biarkan doh naik 2 x ganda, kemudian tumbuk2 doh untuk keluarkan angin..uli sedikit dan boleh laa dibentukkan ikut kreativiti dan citarasa masing2..jika doh susah untuk dibentukkan, tabur sedikit tepung agar senang untuk diuli..
4. doh yg telah siap dibentuk, biarkan naik 1 x ganda, kemudian sapu sedikit dengan kuning telur
5. taburkan cheddar cheese yg telah diparut halus..
6. bakar api atas dan bawah dgn suhu 160-170 (bergantung oven masing2)hingga keperangan, keluarkan dari oven,,terus sapukan sedikit butter ( supaya roti nampak lbh berkilat dan menarik)







 water roux
50 gm tepung gandum
250 mls air
satukan, masak atas api sederhana hingga pekat..sejukkan pd suhu bilik baru blh digunakan
ambil 20-25% shj adunan water roux dr berat doh..yg selebihnya blh disimpan di dlm peti ais..
 

KEK KARAMEL YUMMY...

assalamualaikum wbt..


 Alhamdulillah..syukur dpt jgk upload pic kek karamel nie, pusing dah kepala memikir camne nak buat...beselaa x pandai sgt bab2 It..
Kek ni sgt disukai oleh hubby..x muak n karamel yg lembut tu yg menggoda ..dan kek yg byk kali jgk i cuba buat smpi jadi mcm nie..mmg menguji kesabaran n yg penting jgn putus asa..insyaallah di stp kesilapan byk yg kita belajar sebenarnya..
bg yg nk cuba buat,,set minda anda, dont ever2 give up kalau x jadi yea..bila dapat hasil nanti anda akan tersenyum puas..
..jom tengok dulu ape yg perlu kita sediakan

BAHAN2 KEK

9 BIJI TELUR A(stp bahagian dalam 3 mangkuk berasingan)
- 3 biji kuning telur untuk bhgn kek
- 6 biji kuning telur untuk karamel
- 6 biji putih telur untuk bhgn kek
lebihan 3 putih telur(boleh simpan )

140 gm tepung gandum
1 st baking powder
> ayakkan bersama dan ketepikan

Bhgn A (gula hangus)
11/2 sb gula pasir- masak atas api kecil hingga gula cair dan keemasan..ketepikan dulu

Bhgn B (karamel)
6 biji kuning telur
1 st esen vanila
70 gm gula kastor
1 tin susu cair
> satukan semua, whisk agak2 adunan sebati..ketepikan dulu


 Bhgn C (adunan kek)
3 biji kuning telur
45 mls minyak jagung
135 mls air
70 gm gula kastor
> satukan, pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan putih.
> masukkan tepung yg diayak tadi sedikit2 ..kaup balik dengan spatula hingga sebati..
ketepikan sementara sediakan adunan putih telur..

Bhgn D (adunan putih telur)
6 biji putih telur
1/4 cream pf tartar
70 gm gula kastor
> pukul putih telur hingga kembang, masukkan cream of tartar pukul lg..kemudian masukkan gula sedikit2 sambil terus pukul hingga adunan kental( adunan x jatuh bila diterbaikkan)

>ambil 1/3 adunan kek dr bhgn C tadi, kaup balik ke dalam adunan putih telur..agak2 sebati sdkt masukkan lebihan adunan kek kaup balik hingga sempurna..
* adunan boleh diwarnakan, ikut citarasa masing2*

ok, siap bahagian nie, macammana nak bakar? nak kena bakar karamel dulu ke?...oooo..x perlu, lapisan karamel dan kek dibakar sekaligus, 
>>>ambil loyang gula hangus tadi, tapiskan adunan karamel ke atas gula hangus..and dengan perlahan2, tuangkan adunan kek di atas adunan karamel..adunan kek akan terapung di atas adunan karamel,,so kedua2nya tidak akan bercampur..

*bg loyang yg berpateri, balut dengan aluminium foil utk mengelakkan air masuk..kek perlu dibakar dgn menggunakan teknik water bath..
 bakar suhu 160 api bawah..selama 1 jam@ hingga masak..bila kek masak, keluarkan lebihan air dan biarkan kek di dalam oven sebentar...sejukkan pd suhu bilik,
kikiskan bhgnn tepi kek sebelum telangkupkan kek atas pinggan @ kek board, lap lebihan air gula..
sejukkan kek dalam peti ais
  (sedap dihidang sejuk2)















Saturday, 8 November 2014

DONUT MAYO GEBU

 SELONGKAR RESEPI DR BLOG MASAM MANIS
* anak2 suka makan...rajin menguli gebu jadinya, memang sedap dimakan panas2..
resepi kak ita nie memang selalu i buat..donut hasil air tgn sendiri memang puas hati la..budak2  asyik ulang ke dapur jerr, diangkut nye satu2 si donut mayo ni..
meh intai resepi yea...



 BAHAN- BAHAN
330 gm tepung gandum
1 1/2 sb mayonis
1 sb susu tepung
1 biji telur (pukul sedikit dgn garpu)
140 mls air suam (masukkan 4 gm yis- biarkan yis kembang)
1 1/2 sb marjerin
3 sb gula
serbuk gula ( untuk salutan> biasa guna gula icing..kurang sikit manis dr gula kastor n bila mkn x terasa mcm gigit gula)


cara2 mudah je:

 satukan semua bhn2 kecuali gula untuk salutan..uli hingga menjadi doh yg elastik sedikit...haa bab nie nak kena rajin menguli, kalau penat stop kejap pastu smbg blk uli sampi doh x melekat kt tgn..
ok..tutup doh dgn kain lembap, biarkan doh naik 2 kali ganda..  then kite tumbuk2 kasi angin keluar..uli sekali lg, sekejap dah laa...bulat2 kan atau terap dengan acuan donut..rehatkan kejap lbh kurang 2-3 minit..nk goreng terus pun boleh sbb donut tu akan kembang bila masuk dlm minyak panas..
goreng dengan api sederhana, tapi pastikan minyak betul2 panas..bile donut dah kuning keemasan boleh angkat, toskan minyak..biar sejuk seketika kemudian salut @ tabur gula ...okeyy daa siap utk dihidang..



BLACKFOREST CHOC CHEESE CAKE




MY 1'ST BLACKFOREST CHEESE CAKE


 Resepi dr blog paling best: www.masammanis.blogsport.com
thanks for sis Azlita for sharing this lovely cake..every single step very helpfull in baking this kind of cake.I love it very much...


 Jomm...kita mula
kek ni agak banyak step actually 4 myself yg x berapa expert bab2 baking nih...but minat punya pasal, try n error biasa la tu kan...kalau x cuba masakan nak jadi kek yg marbelles...yg penting keep trying..n dont give up...

I memang minat dgn kerja tangan kak ita ni..sikit pun x lokek ilmu, banyak yg dia share , boleh kata byk jugak resepi i ambik dr blog dia,,,siap ambik order lagi..dpt income lebih sikit buat duit poket..nak add fanpage akk ni x blh sbb dh fullhouse..huuhuu..

 bukan nak melalut,,,just nk promo tuan punya resepi
ok, kita mula dengan base dulu
kek span coklat



 KEK SPAN COKLAT(resepi dr chef amir)
                           loyang 8"

4 biji telur gred A
180 gm gula halus@ gula kastor
150 gm tepung kek (i guna superfine)
 20 gm serbuk koko
70 gm air (air masak)
1 st baking powder
15 gm ovallatte( lbh kurang 1 sb)
50 gm minyak jagung
1 st esen vanila

CARA-CARA
  1.  alaskan loyang dengan baking paper dan gris dgn butter.(marjerin pun boleh). panaskan oven suhu 160 
  2. satukan tepung, baking powder, serbuk koko-ayakkan sebanyak 3 kali
  3. satukan kesemua bahan2 di atas kecuali minyak jagung, mula pukul adunan dengan kelajuan perlahan, kemudian tukar kelajuan tinggi dan pukul adunan hingga kembang dan gebu 6 - 7 minit..
  4. matikan mixer, masukkan minyak jagung tadi, kaup balik perlahan menggunakan spatula hingga adunan sebati..
  5. tuang adunan ke dalam loyang, hentakkan sedikit agar gelembung2 udara keluar.
  6. bakar menggunakan api atas dan bawah selama 30 min @ hingga kek masak 
  7. untuk pastikan kek masak cucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi keluar licin(tiada adunan kek yg melekat, kek telah masak).
  8. keluarkan dari oven, biarkan sekejap kemudian terbalikkan atas redai selama 5 minit..dan terbalikkan semula..
  9. Untuk resepi kek ni , buat setengah adunan sahaja (potong 2 bahagian)..1 bahagian sahaja utk buat base..kalau nak guna semua pun boleh atas citarasa masing2..

 JAM CHERRY
1 tin dark pitted cherry
>asingkan buah dan jus: 30 mls jus & 1/2 drpd biji cherry utk jelly

baki jus
30 gm filling blueberry
2 st teh tepung jagung
1 sb gula

> satukan semua bhn kecuali buah cherry, masak atas api sederhana hingga pekat..tutup api, tuang buah cherry dan gaul rata.

CHOC CHEESE
400 gm cream cheese
1 st jus lemon(blh skip je)
1 st esen vanila
180 gm choc masakan gelap (cairkan secara kukusan)
300 gm non diary whipp cream
12 gm gelatin larutkan dlm 60 mls air hingga kembang kemudian cairkan secara kukusan.

    cara2
  1. putarkan cream cheese hingga lembut dan gebu.
  2. tuangkan choc masakan yg telah dicairkan beserta vanila dan jus lemon, putar rata.
  3. tambahkan larutan gelatin, kacau sebati.
  4. dalam bekas berasingan putarkan whipping cream hingga kental dan ringan.
  5. ambil 1/3 adunan adunan cream, kaup balik ke dlm adunan cheese dan ulang proses hingga bergaul sempurna.
CARA-CARA MELAPIS KEK
* guna loose ring..
letak sekeping kek choc sebagai base, tuangkan sebhgn adunan cream tadi, kemudian susun buah cherry beserta jem
tuang baki adunan cream dan ratakan
simpan di dalam peti ais > 4 jam.(bahagian cream keras)

sediakan jelly
1/2 tin buah cherry + 30 mls jus cherry, satukan dan kisar hingga hancur.
30 gm blueberry filling
8 gm gelatin, larutkan dlm 50 mls air(kaedah yg sama utk cairkan gealtin)

* satukan semua bhn kisar dan blueberry filling dan masak dengan api sederhana, tuangkan gelatin dan gaul rata.
tuangkan atas kek..simpan kek dlm peti ais hingga jelly keras..

*kek sedap dimakan sejuk*