Saturday, 20 December 2014

BEE HIVES BUN @ ROTI SARANG LEBAH

www.facebook.com/wanmaz7074@yahoo.com



 ROTI SARANG LEBAH
share resepi @jintanmanis.blogsport


BAHAN-BAHAN

300 gm tepung roti/ high protin/superfine
200 gm tepung gandum
2 sb susu tepung
2 sb madu
1 biji telur-dipukul sedikit dengan garpu (tinggalkan sedikit untuk gliss atas permukaan roti) 
250 mls susu segar
6 gm yis
40 gm gula kastor
40 gm marjerin
1 st baking powder
2 sb plain yogurt

* sediakan yis
     1/3 cwn air suam, 1/3 st tepung gandum, 1/2 st gula dan yis- campurkan semua, kacau sedikit biarkan selama 5 min @ sehingga yis berbuih.

CARA-CARA
1. masukkan semua bahan , uli dengan tangan hingga doh
tidak melekat di tangan.
2. setelah menjadi doh, masukkan doh ke dalam plastik yang        
bersih   ramas2 beberapa minit ( 8-10 min), keluarkan dan uli    semula dalam bekas adunan.
3. tutup doh dengan plastik wrap @ kain bersih, biarkan naik 2 kali ganda ( 40 - 1 jam)
4. setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin, uli sedikit dan bentukkan bulat-bulat...( bahagikan doh kepada 12 hingga 16 bahagian), susun di dalam loyang agak renggang kerana doh akan mengembang..biarkan naik 2 kali ganda.
5. panaskan oven 180-200 deg celcius, api atas dan bawah selama 15 min..
6. sapukan egg wash(sedikit telur yg tinggal campurkan dengan susu cair) ke atas roti, taburkan kekacang dan sapu sekali lagi dengan egg wash( untuk lekatkan kekacang)
7. bila oven betul2 panas, tukarkan api bawah masukkan roti dan bakar selama 15min (10 min pertama api bawah sahaja , 5 min kemudian api atas dan bawah) @ hingga permukaan atas roti keperangan.
8. bila masak terus keluarkan dari oven...sapukan marjerin(untuk mengilatkan roti)
sejukkan suhu bilik, keluarkan dari loyang...sedia untuk dihidang.

SOS BUTTERSCOTH
1/2 cawan gula perang 
1/2 cawan diary whipp cream
25 gm butter
1 st esen vanila
cairkan butter, masukkan gula perang hingga larut...kemudian masukkan esen vanila dan whipp cream, kacau hingga pekat..sedia untuk diguna. 

 


 


No comments:

Post a Comment